Ketahuilah bahawa…
Memang ALLAH sengaja
menemukan kita
dengan orang yang tidak
serupa dengan kita,
supaya kita dapat menjadi
penilai yang baik.
Memang ALLAH sengaja
menemukan kita
dengan orang yang tidak sama
fikirannya
dengan kita, supaya kita
sedar
bahawa kita hanyalah makhluk
yg sentiasa
mengharapkan pertolongan
ALLAH.
Memang ALLAH sengaja
menemukan kita
dengan orang yang tidak
memahami keadaan
diri kita,
supaya kita dapat kasih
sayang yang terbaik,
khas untuk diri kita.
Memang ALLAH sengaja
menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya
kita sedar bahawa ALLAH MAHA
PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa
dia bukanlah pilihan yang
hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
Memang ALLAH sengaja
menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya
dengan kita, supaya kita
dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang
berpeluang untuk mengalaminya.
Memang ALLAH sengaja
menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan
ini, supaya kita jadi MANUSIA
YANG HEBAT JIWANYA.
Memang ALLAH sengaja
menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya
kita lebih faham bahawa CINTA
YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
Memang ALLAH sengaja
menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga
diri,supaya kita LEBIH
MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yang kecewa,
menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa
kehidupan kita makin sampai
ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri
tak pasti samaada ia menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan ALLAH
dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan
laranganNYA.
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH
‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg
menadah tangan meminta dengan
penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.
Sabarlah sahabatku. Ceriakan
hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu
selagimana kamu taat akanNYA.
Ceria2 selalu…..
No comments:
Post a Comment