Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi

31 March 2012

Why “ANNURISYQA”


Kenapa ngan nama ni…?? Ade owg utarakan pd saya nape msti nama ni..
Ok, today saya nak citer skit mane datangnye.. Nampak sweet rite? Wakakaka…..perasan jap.

Ingat x around 2002 tak silap.. mase tu citer Hindustan ngah top… ala….cite mohabbatein tu…..
zaman2 cd n dvd ngah naek…stiap umah sure ade rak tinggi2 koleksi cd mse tu kan..hehe…

Ingat x? ingat x? ingat x? msti ingat kan….

Hahaha…..

Law kowg ingat dalam citer tu ade 1 watak name ISHIKA. Sowg pompuan ( janda ) y sgt baek y sggup duk ngan mertua  n xbuka ati tok laki laen pn… pai satu mse one of three student y nakal tu dh jatuh cinta kat die..last2 dowg bcinta…huhu…

Pjg la law nak citer kat sni psal citer tu.. tp y penting saya sgt suke ngan name ISHIKA tu….ntah la..cam jatuh cinte gitu…wakaka.trus rse cam nak guna nama tu…then pk punya pk nak wat nama samaran la..

Pastu mase tukan zaman citer latin kan…ala  citer ROSALINDA..

ha! kan dlm citer2 latin byk watak nama OLIVIA.. Jadi suka gak r ngan name tu..

After that, gabung punya gabung… maka tercipta la nama  “OLIVIA ISHIKA”

Then, after 4 year…..nama tu lekat sebagai nama samaran saya pada mane2 y perlukan nama samaran la..

Pai email address pun guna gak name tu.. hehe…..

Till I day saya ttibe terasa nak tukar….nak gabung lak ngan nama sendiri.. leyh la owg cam sape di sebalik nama tu kan.. hahaha….

Pk punya pk Jadi la “ANOR ISYKA”.. tapi bile mgenangkan maksud lak saya gantikan nama ANOR tu pada ANNUR..
Lebih nice n menarik maksud die kan..AN-NUR à CAHAYA
Untuk meringkaskan lagi nama tu saya gugurkan lak nama latin y saya minat dulu tu n ubah ejaan ISHIKA jd lagi menarik…

Maka dari situ la timbulnye nama “ANNURISYQA”


Ok, sekian dulu cerita tentang sejarah nama saya.. Assalamualaikum…..

Bye!!!!!

18 March 2012

CUCI THE MUSICAL LAST KOPEK


Pada 17/3/2012 Dengan tiket y berharga RM66 dpt la set bahagian upper circle kt istana budaya tu  tok tgk cuci the musical. Ikut kan nak dkt sbln awl kowt bli tiket tu. Tu pn hampir full mse nak li tiket tu. Almaklum la.. nak bli y depan pentas xmampu.. mula2 dtg cam xbest je rsenye.. yela, balik kje ari sabtu tu kul 6, siap2 trus kt tmpat kje then trus gerak pi istana budaya cz show start kul 8.30. tok elak xde parking.. kne la dtg awl kn.

Tup2! Sepanjang teater tu berlansung…. HAMBIK KO!!  Gelak xhingat… mmg best gile…. salute kat downg y sgt professional dlm lakonan..  silap skrip n wut ever skalipn la.. dowg cover baik py.. sampaikan ade part2 y dowg tambah tang tu gak..  mmg puas hati…

Then bayar tiket pn dh mahal kn.. so walaupn show abis kul 12.30 mlm.. gagah gak beratur nak jmpe y artis2 y terlibat.. hehehe…. (teman my ofismate nk sain~~~) join skali la.. bile lg nk berposing ngan artis dpn mata..

So, jeng~~~jeng~~
 posing2 b4 teater start

 awie!!!! nak sain!!! haha..xmntak sain pn sebenarnye..nk berposing je..wakaka...:P

 hero2 nsem.. hans n nabil  
haisyh!! 

 abg afdlin y ala tomey2!

Refa-> rap yoy!!

 VEE----> cantiknye die!!!

 Dina---> sgt sempoi!!

 my new boyfren hahaha-->Dougles Lim.

Ok, berakhir la sudah bulan saya berlibur…

bulan berikut2 akan dtg saya dh janji ngan incik fiancé nak dok umah je…wahahaha…bley meyh?

Wait n see k..

K la, bye sume….

11 March 2012

MINGGU YANG SANGAT MEMENATKAN


ASSALAMUALAIKUM…

Halu2… hai semua..
Lamenye la saya tak  updated blog ni kan..pening2..bz dan terus bz..penat bekerja pai xde mase nak update..
Ok, pe kate arini sy nak wat simpulan xtvt saya sepanjang mase sebelum ni. Ekeke….bley gitu? Ala, bley la…
So, kali ni mungkin entry saya ni agk panjang la kan? Hehehe…

I-CITY WIF ANAK2 BUAH -3/3/2012

Abg Ngah saya cuti seminggu. Then he decide to come to KL. Nak bwk ank2 die jalan katenye…
So mlm ni sampai la die ke kl..saya lak blur, balik kje+penat..xto nak bwk die pi mane..
Then teringat I-CITY.  Maka bertolak la kami kesana pas maghrib..

Bwk fmly die+2 0rg ank akk+spupu saya,so pegi la kami kesana ngan 2 buah kete..kete saya y chumel tu biase la, jd rebutan anak2 buah nak naek..

Peh!!! Lepak gile melayan anak2 buah saya y 4 org ni maen kat sane..mcm2 ragam..
Budak2 ni mmg xde istilah penat agknye..kami y dh dewasa2 ni lak y terase nak tcabut kaki..depa still lg maen.. smpai tahap c esya menangis2 xmo balik. Hehehe..

Pujuk py pujuk nak gak die balik, pai umah pn nak dekat kul 12 lebey kowt..
Nak makan pn kami tapau je mkn kt umah cz sume bdk2 dh tlena mse otw balik.

Pic xbyk pn, ckup la y ni sbagai tatapan sume..chumel kan ank2 buah saya. Hehehe….
 anak2 buah ngan uncle fendi dowg..hahaha..dh cam bibik lak tgk die jg ank2 buah..

p/s: time ni sume lupa 3/3 is ahmad besday, so keesokan arinye bru sambut. Sian die.hehehe..


GO GO GENTING WIF MY BRO!! – 4/3/2012

Tepat jam 6.30 pg, ttibe ade owg kejut
“nor2…bangun..abg suh kejut, jom siap pi genting” kata akk ipor tcinta ku
 Waa…..abg aku ni bio btol, penat mlm td x ilang lg kowt.
Huhu…siap py siap dlm kul 8 lebey gak bru kami grk,  ari ahad paham2 je la jln kl acane kan..lengang je lg..
Kami tapau siap2 sblum naek genting. Maklum la save bajet. Hehe..
Grk la kami ke genting nek 1 kete, kali ni pi ngan abg 1 fmly+spupu+ank akk sowg.

Utk pengetahuan sume, ini kali ptama saya naek cabel car ok!! Sumpah gayat!!!
Xbrani tgk bwk lnsung.hehehe….lawak tol.
 peace....!! kunun2 xtakowt la time ni kan

Then bersuka ria la kami kt ats tu..men outdoor je, lyn kan ank2 buah..

Balik awl time tu cz sume dh lepak n kami nak singgah kt strawberry farm.

Sampai je umah sume bantai tido kepenatan. Wakakaka……




Mlm tu lak, sesi potong kek …

HEPPY BESDAY Y KE 3 ANAK BUAH ACIK Y TOMEI AHMAD ALIF!!!!!!!!!!!!!!!!!


2 March 2012

Panduan Memilih Jodoh

SEKADAR UNTUK BERKONGSI DENGAN SEMUA..

Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama. Bukan sekejap. Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun. Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.
Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius. Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.
Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk. Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com. Antara yang menarik tulisan berikut:
Hadith Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.
Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadith ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS. Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.
Apa tujuan berumahtangga?
“Begin with the end in mind”, adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.
Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.
Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia. Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, “aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku. Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku”
Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia. Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat? Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara? Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.
Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana [1] kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali. Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama. Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan? Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?
Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.”Maka pilihlah yang memiliki agama… nescaya sejahtera hidupmu”, pesan Nabi SAW.Benar sekali, pilihlah yang beragama.”Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!”, kata seorang pelajar ‘bidang bukan agama’.
PENYAKIT “TIDAK JELAS”
Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar [2] menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit “tidak jelas”, apabila tiba kepada soal beragama.
Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?
Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?
Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.
Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.
Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?
Sejauh mana gred ‘A’ yang digarap dalam subjek “PengeTAHUan Agama Islam” menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?
“Yang memiliki agama” itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal mahu yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan mampu dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.
Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan “jenama TAHU agama” tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.
Dia mungkin seorang ustazah.Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.Dia mungkin bertudung labuh.Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang ‘teachable”.
HANYA ‘BERAGAMA’?
Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.
Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta. Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.
Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan. Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri. Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.
Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri.
Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama. Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu. Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..
Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.
Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh… atas nama berkahwin kerana beragama.

so, tepuk dada tanya lah selera..

bye...