Assalamualaikum dan salam
sejahtera,,perhubungan yang terputus di tengah jalan memang tak dapat dielakkan
andainya sudah tiada persefahaman dan keserasian untuk bersama,,,sesiapa sahaja
tidak meminta untuk menghadapi dugaan seperti ini,,,tapi siapalah kita untuk melawan
takdir,,,kadangkala bukanlah kita langsung tidak berusaha dan menyalahkan
takdir semata,namun andai sudah tiada jalan penyelesaian lebih baik kita
berpatah arang.
Walaupun belum secara
officially mengikut adat, but hakikatnya memang bagi saya kami dah tak ada
apa-apa hubungan
Perkara yang saya lalui ni
sangat perit dan bukan perkara kecil. Sepanjang hidup selama 2+ tahun ni, ini
merupakan dugaan terbesar yang pernah saya tempuh
Ingatlah, apa sekalipun yang kita tempuh dalam hidup ini, termasuklah pertunangan, semuanya berlaku atas landasan takdir Allah Ta’ala. Jangan sesekali bimbang dengan jodoh sehingga anda membutakan hati dari menilai mana kaca mana permata. Memilih yang haq sama sekali tidak akan menjadikan anda rugi. Jangan bimbang ditolak, jangan takut pertunangan itu terputus, kerana hakikatnya anda ada Allah yang tidak pernah meninggalkan anda.
Firman Allah Ta’ala :
Maksudnya : Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk bagi kamu, dan Allah Maha Tahu sedangkan kamu tidak mengetahui. [ Al-Baqarah : 216 ]
saya nak panjangkan ucapan
terima kasih kepada keluarga tersayang dan teman- teman rapat yang telah banyak
memberi sokongan sepanjang saya melalui frasa yang sukar ini. Terima kasih di
atas doa dan nasihat yang tak putus-putus. Saya bersyukur sangat sebab ada
keluarga dan teman- teman rapat yang sangat memahami dan mengambil berat soal
diri ni. They've been by my side the whole time. Without them, i don’t know
what would happen to me.
Saya berharap segala kedukaan
ni akan hilang dan Allah akan gantikan dengan keceriaan di masa yang akan
datang, insyallah..
No comments:
Post a Comment