Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi

1 January 2012

TAHUN BARU MASIHI DATANG LAGI


salam semua...

TAHUN baru yang tiba membuka lembaran episod baru dalam kehidupan kita umat manusia. Siang dan malam silih berganti tanpa jemu melengkapkan peredaran sehingga cukup setahun tidak kira tahun Hijrah dan Masihi.

Umat manusia menggaru kepala memikirkan kenapa begitu cepat masa berlalu sedangkan baru beberapa kerja dilakukan, baru beberapa agenda dilaksanakan dan kenapa masa berputar sebegitu pantas.

Anak di Palestin terus menghitung hari bila agaknya mereka merdeka kerana setiap hari sentiasa mendengar dentuman bom serta desiran peluru yang tidak bermata oleh Yahudi dan Amerika. Anak muda Malaysia meraikan kedatangan tahun baru dengan konsert serta pelbagai hiburan.

Tahun baru Hijrah dan Masihi tiba membawa seribu erti kepada umat Islam yang mengerti erti sebuah kehidupan diredai Allah. Peristiwa Hijrah disambut saban tahun mengajak seluruh umat Islam bermuhasabah dan memperbaiki diri untuk mendapat reda Allah.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran.” (Surah al-Asr)

Surah itu membawa kita meneliti setiap perincian detik waktu dilalui sama ada diisi perkara sia-sia atau dengan jalan yang diredai Allah. Apabila melihat situasi di Malaysia, muhasabah sering diabaikan terutama di kalangan anak muda apabila tibanya tahun baru apatah lagi tahun baru Hijrah.

Tidak ramai yang tahu makna atau pengertian Hijrah dan alangkah sedihnya melihat perkembangan itu. Kisah penghijrahan Nabi Muhammad yang diulang setiap kali tibanya 1 Muharam adalah titik tolak kepada perkembangan Islam di seluruh dunia hingga hari ini.

Peristiwa Hijrah yang sudah dilalui 1431 tahun ini seharusnya menyedarkan umat Islam untuk menterjemahkan pengertian hijrah dalam kehidupan mereka supaya tahun baru sentiasa menjadi peristiwa penting.

Sewajarnya tahun baru Hijrah menjadi detik merenung kembali perjalanan dilalui setahun berlalu dan menilai kembali aspek yang perlu dipertingkatkan serta perkara harus ditinggalkan untuk lahir sebagai umat Islam memiliki keperibadian cemerlang.

Sambutan tahun baru digalakkan diisi dengan memohon ampun kepada kepada Allah atas dosa lampau supaya Allah membuka pintu taubat-Nya kepada hamba-Nya yang salih. Ibadah juga perlu diperbanyakkan kerana insan unggul adalah lebih baik peribadi dan ibadahnya dari masa lalu. Nilai ibadah perlu dipertingkatkan supaya rohani jasmani senantiasa hampir dengan Allah.

Bacaan Yasin yang dianjurkan sempena Awal Muharam perlu diperhebatkan untuk merapatkan silaturahim serta memartabatkan syiar Islam. Program kesyukuran sambutan tahun baru perlu diperbanyakkan supaya masyarakat dapat menginsafi diri.

Adalah lebih baik sambutan tahun baru sama ada tahun baru Hijrah atau Masihi padat dengan pengisian yang boleh menyentuh hati umat Islam untuk berhijrah ke arah kehidupan lebih baik. Khususnya, tahun baru Masihi yang dibudayakan sekarang dengan jeritan serta program hiburan.

Bukan menghalang rakyat khasnya anak muda meraikan tahun baru dalam suasana gembira tetapi apa yang berlaku lebih kepada aktiviti menjurus pelanggaran syariat apabila lelaki dan perempuan berkumpul tanpa had waktu atas alasan meraikan tahun baru.

Sambutan yang menjadi tradisi boleh diubah dengan program lebih bermakna jika pihak berkuasa bersungguh-sungguh ingin melakukan perubahan atau penghijrahan ke arah masa depan lebih baik untuk rakyat serta negara.

Begitu juga ibu bapa, bertanggungjawab membimbing anak menanti datangnya tahun baru melalui pengawasan yang jelas, bukan membiarkan anak membuat sesuka hati atas alasan untuk mereka meraikan tahun baru seperti orang lain.

Semua pihak harus berganding bahu bersama-sama memperkukuhkan sambutan tahun baru ini dengan program dan majlis berfaedah yang bukannya berpaksikan hiburan semata-mata. Muhasabah diri perlulah menjadi teras program supaya masyarakat mengerti sebuah kehidupan yang bermakna.

Seluruh rakyat Malaysia haruslah menyemai nilai moral dan modal insan yang tinggi supaya seluruh dunia memandang bahawa rakyat negara ini adalah bangsa bertamadun tinggi dan perlu diteladani.

sekian saja untuk kali ini
dengan akhir kata
SELAMAT TAHUN BARU SEMUA


25 December 2011

new updated!!!!!

hai semua.....

huhuhu.....
lamenye tak update blog kan..
dah cam blog berhantu lak kat sni ye..
ekeke.....
juz wan to say...
I,M BACK!!!!!
hahaha...
tp untuk new updated sebenar2nye esok la sy wat k...
skrg nie mau lilex2 jap cz super duper bz..
hahaha...
kalah pak menteri kan..
anyway....
meyh layan pic ni sat n cube teka..
jeng...jeng....

SAYA KINI SUDAH MENJADI TUNANGAN ORANG..
HEHEHE....

Pertunangan bermaksud perjanjian yang dibuat oleh pasangan untuk melangsungkan perkahwinan. Ia adalah satu sunnah yang dituntut dalam Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada isteri baginda Aisyah Binti Abu Bakar dan Hafsah Binti Umar. Dengan berlangsungnya ikatan pertunangan tersebut, maka tergalaslah sebuah komitmen yang tidak rasmi pada diri seorang lelaki dan wanita yang belum berkahwin untuk mengenal hati budi masing-masing.

Islam membenarkan pertunangan sebagai cara untuk pasangan yang ingin berkahwin mengenali bakal isteri dan suami termasuklah ahli keluarga mereka sama ada dari segi fizikal dan mentaliti. Jadi sudah tidak hairan lagi pada kita jika ramai pasangan yang bercinta pada hari ini melangsungkan pertunangan sebelum mereka berganjak ke gerbang perkahwinan. Tapi silapnya pada masa kini, fitrah pertunangan ini sudah menjadi fitnah.

Konsep Pertunangan

Menurut konsep pertunangan dalam Islam yang sebenarnya, sesebuah pasangan perlu bertunang terlebih dahulu sebelum berkenalan dengan lebih rapat dengan pilihan hati mereka. Ia tidak lain adalah untuk menjaga kesucian sebuah perhubungan agar diredhai oleh Allah. Namun, yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya. Selepas berkenalan dengan pasangan masing-masing dan berpuas hati dengan sikap, perangai dan tingkah laku barulah mereka mengikat tali pertunangan. Ia sekadar menjadi petanda seseorang itu sudah mempunyai pemilik.

Bertunang tiada bezanya dengan bercinta. Ramai yang tersalah tafsir dengan adanya ikatan pertunangan, maka mereka mempunyai lesen untuk berdua-duaan, berpegang-pegangan dan melakukan pelbagai aktiviti bersama. Sememangnya dalam tempoh bertunang pasangan dibenarkan untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang diri pasangan dan pada waktu inilah mereka perlu memanfaatkan masa yang ada untuk berkenalan tetapi kita perlu ingat, jangan sampai ia melanggar syariat yang digariskan oleh Islam.

ok...
tu saje utk mlm nie..
see u tommorow...
assalamualaikum..

12 November 2011

Sembang Pagi (^_^)v

Dear blogger,

emm..rasenye dh lme tak updated pape dalam page saya ni kan..
nak buat macam mane, keje sejak 2,3 bulan ni tak penah nak surut..
rindu pulak zaman bergendang tray in kat dalam lab ni coz tak de lot masuk..
ekeke...
tapi Alhamdulillah juga keran disebabkan keje banyak, maka OT pn mencanak2 tiap hari sampai tak larat nak amik dh.
kerana OT tiap hari gak la saya terpaksa MC sehari b4 Sambut Hari Raya Haji aritu coz neck sprain.
haha...
ok la, saya rase sampai kat sni dlu kowt..
almaklum ngah tak ade idea..
so saje2 la nak meng  updated pape pn..
anyway,
saya selitkan sekali kat sini lirik lagu Patah Seribu By Shila Amzah.
really like dis song!!

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan
Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…


15 September 2011

BER BEKU DI HARI RAYA (^_^)


Salam Semua...

Masih dalam mood hari raya?
bz mmenuhi undangan rumah terbuka?
eceh...cam iklan la plak..
huhu...
bile bermula nya bekerja setelah seminggu bcuti, dgn mood y masih nk beraya..
pegi la 1, 2 rumah mber kt area KL ni..tuk menghilangkan busan dihujung mggu..
xkemana pn sebenarnye..
ekekeke....juz p beraya umah my ofismate cik koro2 loly a.k.a Nurul je..(^_^)

selepas beraya n xto nk kemana..kami y kesemuanya 3 owg waktu tu..
terus la ke i-city shah alam tuk bersejuk n berbeku di SNOW WALK..
sambil berposing2 di lampu2 y cantik2 kt sane..
cantik ke??
xto la,,,
hehe,,,
juz enjoy our pic kt bawah ni ye...

dimulakan dgn BISMILLAH....

posing pas li tiket..
RM25=seorg ye...(mahal la gak)+sewa jaket
RM10=sewa boot Phua Chu Kang
glove lak kne bli. so than sejuk je la masuk tanpa glove..save bajet katenye...:P

wahai kete kuda y sgt chumel...bawa la ku terbang ke angkasa raya...
wakakaka~~~

ni la die tuan puteri koro2 loly a.k.a Nurul
santeknye...kete kuda kt belakang tu..:P

ni cik nurul wif k.fizah, 1 of my ofismate juge
lom naek kete kuda lg koro2 dh pejam mate nk titow..:P

dlm snow walk ni ade cafe taw..tp xde ape air y leyh di order la..
huhu..so posing je larh...:P

posing wif k.fizah sambil mengepit bunny y xbpe nk bunny..
ade rupe bunny pn selepas ku edit pic ni..


sopan nye la awek y duk kat sampan ni kan..
anok sapo la tuh..
kihkih...

jom berposing swan2 y tantek...ala,ade y myibok lak kt blkg tu..
bang2..tepi skit leyh?hehe...
ala2 sopan gitu...
whatt???!!
ok..sye mgaku bdn suda semakin mgembang..(-_-)

"mari tarik bersama lampu2 ni..bawak lik umah.."
ucap cik nurul dalam hati...:P

ok..itu saje pic y sye nk kongsi kali ni..
agak penat la jugak mlm tu..
ngan balik kjenye...
ngan sejuknye dlm snow walk...
ngan melayan gerimis kt tengah padang lg..
huhu..sampai umah dekat kul 2.30 pg selepas anto nurul n k.fizah..
mbebel my sis mlm tu..
hehe...
pape pn....
foe more pic jemput2 la ke fb saye k..
tata titi tutu....
(^_^)V

8 September 2011

SAMBUTAN HARI RAYA DI KAMPUNG HALAMAN


ASSALAMUALAIKUM SEMUA......

Setelah seminggu bercuti, akhirnye kembali la saye semula bekerja seperti biase..
huwargh!! cam xpuas je beraye kt kg kn..
terase cepatnye mase berlalu..
cuti seminggu mmg xcukup tuk beraya..
letih mmg letih, tp sgt2 seronok cz dpt bertemu semua kawan2 n sanak saudara...
selain beraya, pe lg..posing time la...
hehe..
jom2..jemput tgk sedikit sebanyak hasil ber posing saya sepanjang syawal di kg.


bersiap sedia tok pi beraye...jeng..jeng..jeng...

pose dlu sebelum gerak..:P


with my mum n dad on 1st day hari raya



                                                         my fmly on 1st day hari raya

mum n dad wif my sis n fmly...

akk beraya kat perak thun ni..so xdapek la amik pic complete 1 fmly thun ni cz bile die sampai, abg lak dah balik umah pak metua die..
my 2nd bro pn dh lik tok bekerja..
huhu...
anyway, mmg sgt best raya thun ni..
alhamdulillah...
hope dpt myambutnye lg di thun akan dtg..
amin....



27 August 2011

selamat hari raya (^_^)


ASSALAMUALAIKUM.....

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua blogger.

diharap Syawal kali ini memberi keberkatan dan kegembiraan kepada semua..

maaf dipinta coz xde updated wat mase terdekatkan kerana ke bz an y sgt terlampau..

 di sini saya sertakan koleksi2 kad raya tuk semua..

akhir sekali,

SELAMAT PULANG KE KAMPUNG SEMUA!!!!

SELAMAT BERAYA BERSAMA YANG TERSAYANG JUGA!!!





















Salam sayang semua!!!!

 

1 August 2011

A Day B4 Fasting

Salam, hi my diaries…
Salam pertama ramadhan semua..
sy sgt teruja thun ni cz dpt menyambut awal ramadhan..Alhamdulillah..harap dipjgkan umur lg tuk merasai keseronokan berbuka hari ni..dan juga hari akn dtg..insyaALLAH



JLN2 CARI PSAL
1st of all…arini sy nk kongsi cerita ttg hari semalam..hehe..Al-maklum la smlm kn sehari b4 Fasting, so sy ambil peluang tu utk berjln2 bersama ofismate sy iaitu cik KORO-KORO LOLY pusing2 bandar KL..window shoping katenye,,tp bkn window lg dh..bershoping sakan terus..cik KORO2 siap shoping tuk raye lg. hehe…

Tp sy x plak..shoping bese2 je..ekeke~~ maklum la.kene sedikit bajet…stndby tuk shoping raye kt kg je nnti bersama mak sy y sgt tercinta..Bile tgk gelagat org rmai mcm2 y bermain kt fikiran..ape pn setiap org kan mmpunyai cara tersendiri..so semua tu hak2 masing2 n xmo la kumen byk…

pic hy sekadar hiasan saje...:P

KEMPUNAN NAK BELI KASUT
Sedey sgt.. sy agk sedikit kecewa la smlm..smpai bwk ke mimpi tau..sy dh pn tahap cintan ngan sepasang kasut but xde saiz lak…huwarghh!!!!! Tp nk wat cane..redha je la..dh kaki sy agk besar..n selame ni pn mmg pyh nk cari kasut…so xpe la..walaupn sgt2 kecewa..

Pic ni hy sekadar hiasan..:P

MY BESTIES CEDERA
Tiba2. tgh cik KORO2 tgu sy try2 kasut y ade ntah mcm mane leyh ade satu lidi (ala,y bese org guna tuk mkn buah potong tu) tercucuk kt tepi kaki die…ouch!!!! Mse sy cabut tu pn sy dpt rse lidi tu tercucuk dlm..sape la y xbertanggung jwp buang lidi ni merata tmpt..xpsl2 kaki kwn sy tu berdarah n sakit xsudah smpai la kami balik ptg tu…
So,pd semua,jgn buang sampah merata tempat ok..xpsal2 org laen y cedera krn sikap y tak bertanggungjawap tu

cian koro2..cani kot die nanges..agaga~~
pic sekadar hiasan ye kwn2..:P

 
 
MKN2 @TUPAI-TUPAI RESTORAN
After berjln2 sakan kami pn menaiki tren tuk pulang..but b4 balik kami singgah mengisi perut jp kt RESTORAN TUPAI-TUPAI y baru bukak kt Ampang..huh! sgt disappointed lg..sgt xsedap lorh…btw alhmdulillah ..kenyang pewot..harga pn not bad…Next time xmo dh p sane..ekekeke~~~

OK all..sampai sini dulu sy membebel…see u nxt time ok..
Cyg sume..:P