ASSALAMUALAIKUM SEMUA...
Sempena Bulan Ramadhan y bakal menjelma sehari dua lagi ni, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua kenalan2 y mengenali dan juga utk saudara mara y jauh n dekat..Syukur Alhamdulillah, Insyaallah dipanjangkan umur dan dpt la kita menjalani ibadat berpuasa pd tahun ini bersama2..Dikesempatan ini juga saya ingin memohon seribu kemaafan kepada semua andai ada salah dan silap y mana sengaja @ x sengaja selama mengenali saya..Diharap Ramadhan kali ini akan memberi keberkatan dan keinsafan kepada semua..
Amin...
"Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya" [Bukhari-Muslim]
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”
Riwayat Bukhari & Muslim
Riwayat Bukhari & Muslim